MANUAL DOKUMENTASI SMK SULTAN BADLISHAH 2013

Assalamualaikum...mohon rakan-rakan guru klik link dibawah untuk dapatkan manual dokumentasi beserta contoh bagi membuat semua dokumentasi sekolah.

LINK 1

LINK 2



BASIC FORMULA FOR CHEMISTRY F4 & F5

Hi, to all my students...please download and remember this important formulae ( cation & anion ).
" I hear and I forget, I see and I remember, I do and I understand . Try ur best. chem - A - one!!!!

http://www.scribd.com/doc/79744816/Basic-Formula-for-Chemistry

pelaburan emas menjamin masa depan

 
Dari laman web www.ohemas.com
Seperti yang kita sudah sedia maklum, emas memang menjadi sumber pelaburan paling selamat sejak dari zaman dulu lagi. Tetapi masih ramai lagi rakyat di Malaysia ini tidak menyedari akan kepentingan pelaburan emas ini.

Mengapa kita perlu menyimpan emas?

1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya
—————————————————-——
Sejak dari dulu lagi emas menjadi simbol kekayaan hinggalah zaman sekarang. Selain itu juga emas tidak boleh dibinasakan. Sesuatu benda yang menjadi penyimpan kekayaan mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan. Sebab itu makanan, haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan. Ini kerana di dalam jangka masa panjang kesemua benda tersebut akan binasa.

Sesuatu benda yang boleh dibinasakan dengan mudah tidak boleh
menjadi penyimpan kekayaan yang terunggul.

2. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.
—————————————————————–—————————–
Sejak 10 tahun yang lalu harga emas telah mula meningkat. Siapa
yang simpan emas sejak masa itu, memang menguntungkan!

Purata kenaikan harga emas adalah sekitar 27% setahun. Siapa nak
bagi anda untung setinggi ini? ASB jika tinggi pun, anda akan dapat 12% setahun. Yang mana satu lebih untung?

Jika anda kawin pada tahun 2001, barang kemas 916 dibeli pada harga RM50 segram. Pada hari ini, emas 916 mencecah harga RM122 segram!!

3. Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang
—————————————————————–——————————-
Senang saja. Sebagai contoh, pada tahun 1980an, kebanyakan pelajar sekolah membawa antara 20 sen dan 30 sen sebagai duit poket. Duit tersebut cukup untuk membeli nasi dan air minum. Bagaimana dengan sekarang – tahun 2009? RM 5 sehari pun tidak cukup..

4. Aset yang terunggul
————————————
Tidak ada aset lain yang boleh menandingi kecairan emas. Ia bukan sahaja boleh dicairkan di Malaysia tetapi boleh dicairkan di seluruh dunia. Katakanlah negara kita dilanda peperangan. Kita lari dengan membawa emas ke negara lain. Ianya boleh ditukarkan kepada wang kertas negara itu. Dan dengan emas itu, kita mampu hidup di negara tersebut. Lain pula jika kita membawa wang kertas kita, adakah ianya laku di negara lain? Ibarat ‘wang kertas Iraq’ yang sama sekali tidak bernilai akibat peperangan.

5. Ia tidak boleh dimanipulasikan
—————————————————-
Emas sukar diperoleh dan tidak boleh dicipta. Jadi, ia tidak boleh dimanipulasikan. Kuantitinya tidak boleh ditambah dengan mudah. Ini menyebabkan emas sentiasa bernilai.

Ini berbeza sekali dengan wang kertas. Ia boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah. Jika jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilainya akan menurun. Rm 1 juta hari ini tidak akan bernilai RM1 juta lagi pada 5 tahun akan datang.
 www.ohemas.com

soalan dan jawapan biology pertengahan tahun form 4

salam semua,

link di bawah adalah soalan peperiksaan pertengahan penggal ke dua biology penggal ke dua. Boleh download percuma sebagai rujukan anda.

scheme biology

soalan biology
salam,
pada pembaca blog ini adalah contoh yearly planning kimia 2011 form 4. Harap ini dapat membantu anda dalam menjalankan tugas. Kalau ada masalah atau pertanyaan bolehlah email saya yer. sekian dulu..bye

CHEMISTRY YEARLY PLANNER 2011 FORM 4

azam baru 2011

assalamualaikum. salam 1 Malaysia. eeeee best nyer tak sabarla nak mengajar....selamat tahun baru kepada para pembaca blog. Nak nasihat skit kat adik2 yang masih bersekolah tue. Tahun 2011 nie pasangla azam baru supaya belajar lebih rajin, sbb nanti senang nak sambung belajar bila result exam bagus.

Asid Folik Penting??

Asid folik

# Kurang pengambilan asid folik ketika hamil menyebabkan terjadinya spina bifida, kecacatan pada tulang belakang yang menjadikannya kelihatan menonjol.

# Ia juga boleh menyebabkan masalah pembentukan tempurung kepala yang tidak sempurna dan bibir sumbing

# 67 peratus wanita hamil malas mengambil asid folik

# Genetik, masalah buah pinggang, epilepsi, rokok, arak dan obesiti antara faktor terjadinya kerosakan tiub saraf bayi.

# Pengambilan asid folik dikaitkan dengan penurunan masalah tekanan, jantung, barah kolon dan barah servik.



Bahaya non stick pan




mesti anda semua gunakan di rumah. Tahukan anda bahawa terdapat bahaya dalam kuali ni. Walaupun penggunaanya memudahkan dan tidak melekit, bahan yang digunakan untuk menjadikannya "non stick" adalah di kenali sebagai "teflon". Teflon nie asalnya digunakan untuk menyalut peluru berpandu sewaktu peperangan. Ini adalah kerana sewaktu peperangan dalam musin sejuk atau panas, bahan kimia Teflon berfungsi untuk melindungi alatan peperangan dan habuk, bahan asing dan lain2 daripada merosakkan peluru ini.